7 Tips Pengurusan Masa semasa Peperiksaan Akhir Universiti

Peperiksaan imtihan adalah ‘nightmare’ bagi kita semua. Masa yang sangat terhad dengan pelbagai maklumat dan buku-buku yang banyak tidak dibaca lagi menyebabkan kita semakin risau sehinggakan ada yang sanggup tidak mahu tidur dan makan semata-semata kerana itu.

7 tips pengurusan masa (time management)

Langkah 1 : Dapatkan tidur yang kualiti

Ramai yang berfikiran bahawa dengan masa yang sangat sedikit membuatkan anda menyusun jadual sehinggakan masa tidur pun anda kurangkan. betul tak? Sebenarnya Salah.

 

Tidur yang tidak cukup atau kurang kualiti sebenarnya menyebabkan lebih banyak masa anda perlukan untuk lebih study oleh hal keletihan serta badan dan otak kurang aktif dan mudah mendapat penyakit. Jadi, jika anda berfikiran untuk mengurangkan kadar tidur, saya cadangkan dapatkan tidur yang berkualiti tinggi.

Langkah 2 : Pilih Keutamaan yang betul

Sebagai mahasiswa yang beragenda, kita akan ada banyak perkara yang berada dalam list “to-do” seperti menghafal, buat past year, buat nota dan sebagainya.

 

Oleh sebab itu, kaji dan pilih keutamaan yang paling penting terlebih dahulu. Sebagai contoh, jika anda perlu buat perkara A, tetapi anda merasakan perkara B lebih penting untuk peperiksaan. Maka, pilih perkara B terlebih dahulu.

Langkah 3 : Sediakan “Masa Tambahan”

Ya, anda perlu sediakan Masa Tambahan. Walaubagaimana hebat pun anda sebagai seorang pelajar mahasiswa cemerlang, ada masanya agenda yang anda rancang mungkin tidak seperti apa yang didambakan. Contoh mudah, dalam musim imtihan ini akan berlaku perkara yang tidak diingini seperti buku hilang, kesihatan tidak stabil, kerap pening, laptop rosak dan sebagainya. Oleh itu, amatlah perlu untuk anda sediakan “Masa Tambahan” dalam perancangan supaya dapat menampung perkata yang tidak diingini berlaku.

Langkah 4 : Rancang masa untuk Bertenang

Peperiksaan akhir tahun universiti sangat ‘Stressful’ sehingga anda tidak sedar sudah tamat. Mahasiswa akan berdepan dengan tekanan mental, kurang tidur, keletihan dari awal musim imtihan hingga ke akhir musim imtihan.

 

Anda perlukan Pembelajaran Berkualiti untuk mendapat keputusan yang cemerlang, amat penting untuk mengadakan masa bagi bertenang dan merehatkan pemikiran. Mungkin boleh dicadangkan masa selama 20 minit untuk rehatkan minda dengan mendengar lagu, melihat video online dan sebagai. Justeru, otak anda boleh berehat bagi lebih mudah menghadam maklumat dan ilmu selepat itu.

Langkah 5 : Jangan bergantung pada Jalan Pintas

Ramai mahasiswa termasuk saya sendiri kadang kala mengambil kopi, teh atau air bertenaga untuk mendapat tenaga dan mengelak mengantuk pada larut malam.

 

Bagi saya, ini bukanlah idea yang bagus kerana kopi, teh atau air bertenaga hanya akan memberikan sekejap sahaja tenaga dan kemudiannya anda akan keletihan semula. Sebaliknya, anda boleh ambil protein atau sayuran untuk mendapat tenaga berpanjangan sepanjang hari dan lebih segar setiap pagi.

Langkah 6 : Meminta pertolongan apabila anda perlukan

Adakala pelajar mahasiswa merasa segan atau bersalah untuk meminta pertolongan kepada rakan yang lain kerana risau menganggu pembelajaran kawan kawan pada saat-saat musim peperiksaan.

 

Tetapi bagi saya, amat mustahil seseorang itu boleh cemerlang peperiksaan tanpa bantuan atau tukar-tukar idea dari kawan kawan lain. Jadi, anda boleh bertanya atau meminta kawan anda mengajar apa yang anda perlukan bantuan.

Langkah 7 : Elakkan Perkara-perkara yang tidak membina

Semasa peperiksaan akhir tahun sebagai seorang pelajar akan merasa cepat bosan kerana asyik menghadap buku. Meluangkan masa beberapa minit dengan Facebook atau YouTube sangat bagus tetapi menghabiskan masa sehingga satu jam amat berbahaya ketika musim imtihan. Ya Betul kita perlukan waktu rehat, tetapi kita perlu ingat untuk kita  menjadi lebih bijak dan smart dalam menguruskan masa kita. 1 minit sangat bermakna ketika musim peperiksaan akhir ini.

Baca Artikel Lain

01

Tip Persediaan ‘Exam’

02

Tips Hadapi Peperiksaan Dalam 2 Minggu

03

PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

error: Content is protected !!