10+ Tip Persediaan ‘Exam’ Buat Pelajar Universiti Yang Ingin Lulus Cemerlang

Tips ini adalah pengalaman peribadi sepanjang bergelar pelajar. Boleh la disesuaikan ikut cara anda.

Tip Persediaan ‘Exam’ Lulus Cemerlang

1) Tetapkan matlamat

Contoh: semester ni CGPA 4.00. Semester ni nak 3.7. Semester ni nak try atas 3.0.

2) Susun subjek-subjek mengikut keutamaan

Susunan keutamaan diberikan kepada subjek yang paling susah / perlu diberi perhatian serius sehinggalah subjek yang dah mantop.

3) Jadual study

Tetapkan jumlah jam study bagi setiap subjek. Study 50 minit. Rehat 10. Kemudian sambung subjek tu atau tukar subjek lain ikut jadual. Subjek susah lebihkan masa. Jadual jangan padat sampai tak sempat nak makan.

4) Kenalpasti masa aktif anda

Kalau jenis lepas subuh tidur balik, jangan letak subjek berat anda waktu pagi. Letak subjek susah pada waktu aktif.

5) Tidur 5 jam dah memadai

Tidur kena jaga. Sebelum tidur study subjek paling susah. Bangun tidur sambung subjek paling susah tu jugak.

6) Study sambil kunyah kismis. Minum air lebih.

Jika anda jenis suka study dengar lagu, pilihlah lagu yang menenangkan (lebih baik dengar bacaan Quran). Siapa jenis suka study sunyi-sunyi cari la tempat seperti perpustakaan. Study di masjid ada keberkatannya. Rumah Allah kan.

7) Elakkan study di bilik tidur

Elakkan study di bilik tidur atau mana-tempat tempat yang ada bantal atau tilam atau selimut. Tetiba je nanti dah berselubung.

8) call mak ayah

Penat-penat study tu rehat kejap call mak ayah. Minta doakan. Dengar suara mak ayah ni menenangkan. Doa mereka pun dimakbulkan.

9) tatapkan muka mak ayah tu sebelum exam

Siapa yang sempat balik, tatapkan muka mak ayah tu sebelum exam. Walau nanti kawan-kawan perli kita rajin belajar, at least kita tahu kita nak jalankan tanggungjawab kat mak ayah yang memberi kepercayaan kepada kita.

10) aktifkan semua pancaindera

Study tu kena aktifkan semua pancaindera. Baca dengan suara perlahan bagi telinga kita dengar. Tulis nota. Warnakan. Bila guna semua pancaindera, lebih kuat ingatan.

Baca Artikel Lain

01

Tips Hadapi Peperiksaan Dalam 2 Minggu, Sesuai Untuk Yang “Last Minute Preparation”

02

PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

03

5 TIPS DARIPADA IR. MURSYIDI BANTU ANDA LULUS CEMERLANG DALAM API EXAM

error: Content is protected !!