LULUS CEMERLANG EXAM
1) Cara Belajar Yang Betul
Setiap orang ada cara belajar tersendiri. Tetapi betul ke cara belajar yang anda pilih tu? Adakah ia benar-benar ‘masuk dalam kepala’ dan hadam sepenuhnya? Atau sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri?
Meskipun anda pernah score dalam SPM atau final semester exam di universiti, namun selepas beberapa tahun, situasi, persekitaran, keadaan diri dan lain-lain telah banyak berubah. Kalau dulu ada kawan-kawan ajak study sama-sama. Tapi sekarang?
Tambah pula Exam API ini banyak code, terms baru dan lain-lain yang perlu diingati atau dihafal. Jadi, adakah cara anda belajar dahulu masih relevent selepas beberapa tahun meninggalkan alam persekolahan.
2) Beri 100% Fokus
Apa maksud focus?
F – Follow
O – One
C – Course
U – Until
S – Success
Dalam apa jua perkara yang dilakukan, sama ada belajar, bekerja atau berniaga, fokus memainkan peranan besar untuk menentukan hala tuju kita yang kita pilih.
Admin tahu, niat anda ambil API Exam adalah untuk kebaikan masa depan karier. Tetapi sejauh mana anda benar-benar fokus sebelum tibanya peperiksaan itu? Adakah fokus anda hanya pada soalan ramalan peperiksaan sahaja? Atau cuma fokus pada membaca sahaja?
Kalau boleh anda mahu fokus semua perkara. A to Z. Tetapi, muncul satu persoalan. Mampu ke nak beri 100% fokus?
3) Tanya Mereka Yang Berpengalaman
“Yang lebih dahulu makan garam.”
Pernah dengar kan peribahasa ini? Apa maksudnya? Ia merujuk orang (tua) yang terlebih dahulu berasa penat-lelah, pengalaman hidup dan lain-lain sebelum kita sendiri yang menempuh detik tersebut.
Dalam hal ini, admin merujuk mereka yang telah mengambil API Exam. Mereka sama seperti anda. Ingin berjaya menempatkan diri dalam peperiksaan ini dan seterusnya lulus dengan cemerlang.
Tetapi, semua itu tidak mudah. Menurut Tuan IR. Mursyidi, ramai pelajar beliau gagal dalam API Exam. Malah ada yang gagal lebih daripada sekali! Tetapi adakah mereka berputus asa? Tidak!
Berbekalkan nasihat, tunjuk ajar dan bimbingan mereka yang berpengalaman, individu ini bangkit dan seterusnya berjaya dengan cemerlang. Paling membanggakan disebabkan kejayaan ini, beliau menikmati karier yang lebih baik.
4) Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan
Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.
Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.
Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.