

Akademi NLP Malaysia
Kaedah pembelajaran ialah teori yang mana seseorang individu mudah belajar menggunakan kaedah pembelajaran yang tertentu.
3 jenis kaedah pembelajaran:
- visual
- auditori
- kinestetik
Pembelajaran visual ialah pembelajaran melalui penglihatan. Anda belajar secara visual setiap kali anda mendapat maklumat daripada penglihatan. Ini merangkumi lebih daripada sekadar melihat gambar dan persekitaran anda. Pembelajaran visual juga merangkumi perkataan yang ditulis. Pelajar yang menggunakan kaedah visual mendapat banyak manfaat daripada pengajaran yang menggunakan ilustrasi, carta, gambar rajah, video, dan lain-lain.
Pembelajaran auditori ialah ialah pembelajaran melalui pendengaran. Jenis pembelajaran ini sangat membantu dalam persekitaran bilik darjah. Semasa kuliah, pelajar yang menggunakan kaedah pendengaran dapat memahami, memproses dan menyimpan maklumat dengan lebih mudah. Pelajar yang mempunyai tahap kemampuan pembelajaran auditori yang tinggi dapat mendengar dan memahami tanpa kehilangan banyak maklumat.
Pembelajaran kinestetik ialah pembelajaran melalui perbuatan. Dalam bahasa yang mudah, hands-on learning. Contoh pembelajaran melalui perbuatan ialah ketika anda melakukan eksperimen-eksperimen di makmal-makmal sains. Pembelajaran kinestetik juga merupakan tahap pembelajaran yang tertinggi dalam cone of learning.
Jika anda ingin mengenali keadah pembelajaran anda, bolehlah menjawab kuiz INI.
Kebiasaannya, saya akan tetapkan gred yang saya ingin dapat untuk setiap subjek dan CGPA. Saya akan kaji keputusan peperiksaan semester-semester lepas dan lihat apa yang boleh diperbaiki. Selain itu, saya akan kelaskan subjek mengikut kemampuan saya supaya saya tahu subjek mana yang saya perlu berikan lebih tumpuan. Contohnya, saya lebih mahir dalam subjek biologi berbanding IT. Oleh itu, saya akan buat lebih banyak latihan untuk subjek IT berbanding subjek biologi.
Belajar sambil menonton TV = 0% Belajar 100% Menonton TV
Ramai pelajar yang suka mengamalkan belajar sambil menonton TV, tapi percayalah ia merupakan satu idea yang tidak tepat, walaupun ramai yang menyatakan mereka boleh fokus lebih.
Faktor visual oleh TV secara tidak langsung boleh mengalihkan perhatian anda dari buku ke kaca TV. Pada masa yang sama, percakapan/perbualan drama dalam TV boleh meransang otak anda.
Anda perlu kenal pasti cara ulangkaji yang sesuai dengan anda. Adakah ulangkaji berkumpulan/individu ataupun ulangkaji di luar/di dalam bilik? Di samping itu, kenal pasti waktu anda boleh ulangkaji secara maksimum. Sebagai contonya, mungkin anda dapat ulangkaji subjek biologi lebih baik pada waktu malam berbanding waktu petang.
Untuk memastikan jawapan bagi latihan yang anda lakukan sememangnya betul, luangkan masa untuk menyemak jawapan bersama pensyarah atau rakan-rakan. Kalau tidak berkesempatan untuk berjumpa secara bersemuka, boleh saja bertanya melalui emel atau Whatsapp.
Saya selalunya akan berikan keutamaan untuk mengulangkaji peperiksaan yang bakal diduduki terlebih dahulu. Subjek yang ada banyak gap akan saya ketepikan dahulu. Tapi kalau dapat jadual peperiksaan yang semua subjek tak banyak gap, kena pandai-pandailah uruskan masa.
Semasa study week dan minggu peperiksaan, saya akan elakkan stay up terlalu lewat. Paling lewat pun sehingga pukul 12am dan bangun awal keessokkan harinya untuk sambung ulangkaji. Saya cuma akan stay up sehingga 5-6 pagi semasa assignment week je. Hal ini untuk memastikan kita dalam keadaan segar dan bertenaga untuk menjawab peperiksaan dan tidak terlewat untuk ke dewan peperiksaan.