PERSEDIAAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN

Artikel ini akan bermula dengan berkongsi tentang Persediaan menduduki peperiksaan secara menyeluruh, Persediaan semasa persekolahan/kuliah dan persediaan sebelum peperiksaan.

PERSEDIAAN MENYELURUH

1) Kenal pasti dan dapatkan gambaran tentang subjek yang bakal diambil

Kaedah pembelajaran ialah teori yang mana seseorang individu mudah belajar menggunakan kaedah pembelajaran yang tertentu.

 

3 jenis kaedah pembelajaran:

- visual

- auditori

- kinestetik

 

Pembelajaran visual ialah pembelajaran melalui penglihatan. Anda belajar secara visual setiap kali anda mendapat maklumat daripada penglihatan. Ini merangkumi lebih daripada sekadar melihat gambar dan persekitaran anda. Pembelajaran visual juga merangkumi perkataan yang ditulis. Pelajar yang menggunakan kaedah visual mendapat banyak manfaat daripada pengajaran yang menggunakan ilustrasi, carta, gambar rajah, video, dan lain-lain.

 

Pembelajaran auditori ialah ialah pembelajaran melalui pendengaran. Jenis pembelajaran ini sangat membantu dalam persekitaran bilik darjah. Semasa kuliah, pelajar yang menggunakan kaedah pendengaran dapat memahami, memproses dan menyimpan maklumat dengan lebih mudah. Pelajar yang mempunyai tahap kemampuan pembelajaran auditori yang tinggi dapat mendengar dan memahami tanpa kehilangan banyak maklumat.

 

Pembelajaran kinestetik ialah pembelajaran melalui perbuatan. Dalam bahasa yang mudah, hands-on learning. Contoh pembelajaran melalui perbuatan ialah ketika anda melakukan eksperimen-eksperimen di makmal-makmal sains. Pembelajaran kinestetik juga merupakan tahap pembelajaran yang tertinggi dalam cone of learning.

 

Jika anda ingin mengenali keadah pembelajaran anda, bolehlah menjawab kuiz INI.

2) Rutin harian dan pengurusan masa yang baik

Pastikan anda mempunyai rutin harian yang sihat agar anda mudah untuk menguruskan dan merancang jadual pembelajaran. Rutin harian anda juag perlu merangkumi waktu rehat, waktu bersenam dan pemakanan yang seimbang. Mendapatkan rehat secara berkala penting agar otak anda dapat kekal fokus. Pemakanan yang seimbang akan membantu meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta menambahbaik tahap kesihatan anda. Kurangkan pengambilan makanan ringan dan makanan segera.

 

Buat jadual belajar yang sesuai dengan cara belajar anda dan jangan tinggalkan sesi mengulangkaji pelajaran untuk saat-saat terakhir. Walaupun sebilangan pelajar kelihatan berjaya dalam pembelajaran pada saat-saat terakhir, selalunya cara belajar ini bukanlah pendekatan terbaik untuk persiapan peperiksaan. Tuliskan berapa banyak peperiksaan yang anda ada, berapa banyak halaman yang harus anda pelajari dan hari-hari yang anda tinggalkan. Selepas itu, ubah rutin harian anda dan disiplinkan diri untuk menguruskan masa dengan bijak.

3) Cakna tentang jadual dan format peperiksaan

Pastikan anda tahu jadual peperiksaan anda. Sebagai contoh, bilakah tarikh untuk subjek Matematik, pukul berapa, berapa lama tempoh peperiksaan dan di mana. Rancang waktu perjalanan anda ke dewan peperiksaan dan ambil kira faktor-faktor lain seperti kesesakan lalu lintas.

 

 

 

Anda juga perlu cakna tentang format peperiksaan, sama ada soalan objektif, soalan subjektif atau karangan. Untuk mengetahui format peperiksaan, rujuk dan jawab soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Jika berlaku perubahan format, pastikan anda mengesahkan format baharu dengan guru atau pensyarah anda.

Baca Artikel Lain

01

7 Tips Pengurusan Masa semasa Peperiksaan Akhir Universiti

02

Tip Persediaan ‘Exam’ Buat Pelajar Universiti Yang Ingin Lulus Cemerlang

03

Tips Hadapi Peperiksaan Dalam 2 Minggu, Sesuai Untuk Yang “Last Minute Preparation”

error: Content is protected !!