Persediaan Persediaan Untuk Belajar

Sebelum anda belajar ataupun mengulangkaji, andalah terbaik anda mengetahui bagaimana untuk “bersedia untuk belajar“. Berikut adalah cara-caranya.

Persediaan Untuk Belajar

1) Mengatur Masa

Masa amat kritikal dalam pembelajaran berkesan.

Oleh itu, anda perlu mengaturnya dengan baik. Anda perlu membuat jadual waktu harian dan membekalkan beberapa jam mengikut kemampuan anda untuk belajar dan mentelaah pelajaran. Dengan berbuat demikian, ia boleh memberikan anda keputusan yang lebih dalam peperiksaan.

 

Jumlah jam yang diaturkan boleh jadi berbeza mengikut tahap pembelajaran yang anda sedang ikuti (sekolah ataupun kolej universiti) dan bidang pembelajaran (sains ataupun sastera). Pastikan anda mengatur masa itu dengan sekadarnya dan ianya munasabah, agar anda boleh ikut perancangan anda dengan baik.

 

Anda perlu imbangkan sekolah, kelas, latihan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum. Sekiranya anda sedang mengalami masalah dalam kelas, anda perlu pertimbangkan kerja sambilan ataupun aktiviti kokurikulum. Dalam keadaan ini, anda perlu utamakan gred pembelajaran terlebih dahulu dan berhentikan untuk sementara komitmen yang lain, sehinggalah keputusan anda meningkat.

 

Untuk pelajar kolej mahupun universiti, anda perlu memperuntukkan masa mengulangkaji pelajaran bergantung kepada tahap kesukaran dan kadar jam kredit sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai subjek fizik sebanyak 3 jam kredit, anda perlu belajar 9 jam seminggu (3 jam x 3 tahap sangat sukar).

 

Ataupun contoh yang lain: subjek sastera yang agak sukar, anda boleh memperuntukkan 6 jam seminggu untuk subjek tersebut (3 jam x 2 tahap agak sukar).

 

Walaubagaimanapun, di atas adalah sekadar cadangan sahaja, anda boleh mengubah cadangan di atas mengikut keperluan dan kemampuan anda. Apa yang pasti, anda perlu menguasai subjek tersebut, dan faham apa yang penting untuk kehidupan anda.

2) Sesuaikan Dengan Kemampuan Diri

Dapatkan rentak pembelajaran yang sesuai dengan anda dan suaikan dengan jadual waktu anda. Sesetengah kelas ataupun subjek anda boleh menangkap dengan baik, dan ada sesetengah tidak. Oleh itu, cuba sesuaikan diri dan berikan penekanan pada bahagian yang anda kurang.

Dan sekiranya anda seorang yang agak lambat untuk memahami sesuatu, anda perlu peruntukkan masa yang lebih banyak untuk belajar.

3) Dapatkan Tidur Yang Mencukupi

Pastikan dalam jadual anda itu mempunyai masa untuk tidur dan rehat. Tidur yang mencukupi (6-7 jam semalaman) setiap malam boleh memberikan kesan yang sangat besar kepada prestasi pembelajaran anda.

 

Hal ini sangat penting sekiranya anda perlu mengambil ujian pada keesokan harinya. Pastikan anda tidur pada malam sehari sebelum ujian itu, elakkan daripada mengamalkan amalan tidak tidur sebelum ujian. Dan jangan belajar last minute!

Satu kajian telah membuktikan bahawa orang yang mendapat tidur yang mencukupi mempunyai prestasi yang jauh lebih baik daripada orang yang tidak/kurang tidur dari segi ingatakan dan daya pemikiran.

 

Namun, jika anda memang tidak sempat untuk belajar atas sebab-sebab yang lain, anda boleh mengambil tidur sekejap pada malam harinya untuk beberapa minit (15-30 minit) sebelum mulakan ulangkaji. Kunci jam terlebih dahulu sebelum tidur untuk mengelakkan daripada tidak jaga, ataupun minta rakan kejutkan anda.

 

Setelah bagun, lakukan pergerakan fizikal sebelum mula mentelaah pelajaran. Pengambilan kopi juga boleh membantu bagi kebanyakan orang.

4) Kosongkan Fikiran Daripada Perkara Yang Tidak Berkaitan

Jika anda mempunyai banyak komitmen semasa anda menjadi pelajar ataupun mahasiswa, anda kemungkinan mempunyai banyak benda untuk fikirkan. Ini boleh mengganggu tumpuan anda semasa belajar.

 

Oleh itu, anda sebaiknya menghilangkan gangguan tersebut sebelum memulakan ulangkaji. Cuba selesaikan kerja ataupun apa-apa komitmen yang boleh mengganggu anda itu terlebih dahulu sebelum anda mengulang kaji.

 

Tidak pun, anda boleh melakukan sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda daripada komitmen yang lain. Antaranya anda bersenam ataupun bersukan pada sebelah petang dan kemudian belajar pada sebelah malam.

5) Elakkan Gangguan Teknologi

Alatan elektronik seperti telefon pintar dan laptop serta talian internet merupakan satu gangguan utama kepada para pelajar. Kenapa tidaknya, kerana semuanya memberikan anda kebebasan untuk berhubung dengan rakan-rakan dan menonton video-video kucing yang lucu tanpa henti.

 

Jujurlah, kebanyakan kita sangat mudah diganggu oleh media sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp, Youtube ataupun mana-mana media yang lain. Anda boleh block ataupun menghalang komputer anda daripada mengakses laman-laman sesawang tersebut untuk seketika.

 

Gunakan masa tersebut untuk belajar dengan sepenuh hati, dan setelah selesai, anda boleh menyambung bersosial – tiada masalah.

 

Jika tidak berhasil, anda boleh mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga ataupun rakan untuk memegang alat elektronik anda (komputer, telefon bimbit) seketika anda mentelaah pelajaran.

AMARAN

1) STRESS / TERTEKAN

Jangan belajar ketika anda tertekan ataupun stress, kerana tidak akan berhasil. Usaha anda akan sia-sia. Adalah terbaik jika anda hilangkan tekanan tersebut sebelum memulakan ulangkaji/belajar.

2) TIDAK MENJAGA KESIHATAN

Jangan belajar ataupun ulangkaji sehingga tidak menjaga kesihatan. Anda perlu mengamalkan pemakanan yang sihat dan kerapkan bersukan semasa anda menuntut ilmu.

3) JANGAN BERHENTI RASA BELAJAR DALAM HIDUP

Belajar tiada akhirnya. Belajar tiada titik noktah. Oleh itu, anda perlu memanfaat apa yang anda ada sekarang untuk belajar dengan sebaiknya, dan dapatkan keputusan yang berbaloi dengan usaha yang anda curahkan.

 

Saya berharap panduan yang disenaraikan di atas dapat membantu anda dalam pembelajaran anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan ataupun tambahan kepada senarai di atas, bolehlah berbuat demikian di bahagian komen di bawah.

Baca Artikel Lain

01

Franchise SEO

02

Link-Building

03

Shopify SEO

error: Content is protected !!