Anda yang ingin belajar, oleh itu anda perlu pandai memilih tempat belajar yang sesuai dengan kehendak anda. Anda seharusnya selesa semasa belajar, itu sangat penting untuk mengelakkan anda daripada merasakan belajar itu membebankan.
Jika kerusi di perpustakaan tidak memberikan keselesaan, anda perlu berubah kepada tempat yang lebih selesa. Selain tempat pembelajaran, pakaian anda juga memainkan peranan. Cuba pakai pakaian yang anda rasa boleh memberikan keselesaan kepada anda. Pakaian tersebut mungkin boleh jadi yang tidak terlalu panas, tidak terlalu ketat dan tidak terlalu menonjol (untuk mengelak daripada mendapat perhatian orang awam).
Pada masa yang sama, elakkan belajar di tempat yang terlalu bising ataupun boleh mengganggu perhatian anda. Namun, jangan terlalu sunyi ataupun selesa sehingga anda boleh tertidur. Contohnya belajar di atas katil – saya tahu, para pembaca pernah belajar di atas katil kemudian tertidur, dan menyesal pada keesokan harinya 
Belajar di meja adalah tempat yang paling sesuai dengan postur tempat duduk yang optimum. Tidak terlalu rendah mahupun terlalu tinggi. Pastikan meja/tempat duduk anda itu anda gunakan semata-mata untuk belajar, bukannya untuk melayan filem di komputer.
Jika itu kesnya, ia boleh mengingatkan anda akan ‘rasa’ untuk menonton filem semasa anda berada di meja tersebut – kerana anda sudah terbiasa dengan keadaan tersebut.