Nak Sambung Belajar?

Ada yang hanya tahu mereka ingin jejakkan kaki ke menara gading sahaja tapi selebihnya masih kabur. Jika anda sedang mencari maklumat yang boleh membantu anda untuk sambung belajar, anda telah tiba di destinasi yang betul!

5 Tips Penting Sambung Belajar

1) Struktur Program Pengajian

Bukan sahaja IPT, malah setiap program atau kursus mempunyai struktur pengajian yang berbeza. 

 

 

Jadi anda perlu ambil tahu beberapa perkara:

 

 

  • Subjek yang akan dipelajari
  • Bilangan subjek dalam setiap semester
  • Cara penilaian akademik (PNGK/CGPA/Pointer)
  • Bentuk peperiksaan dan tugasan
  • Tempoh pengajian setiap semester
  • Tempoh dan tarikh cuti semester 

 

 

Maklumat-maklumat ini anda boleh dapatkan di laman rasmi IPT yang pilihan anda.

 

 

Anda perlu ambil tahu perkara ini supaya anda bersiap untuk menghadapinya dan tidak terkejut apabila anda memasuki alam universiti nanti.

2) Aktiviti Kokurikulum

Setiap universiti di Malaysia mewajibkan pelajarnya untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum.

 

 

Anda perlu menyertainya jika anda ingin penganugerahan tamat pengajian kerana terdapat markah penilaian yang termasuk dalam keputusan akademik anda.

 

 

Tetapi jangan risau kerana aktiviti kokurikulum di IPT adalah lebih rencam dan menarik daripada di sekolah. 

3) Pembiayaan

Terdapat pelbagai jenis pembiayaan yang anda boleh dapatkan untuk melanjutkan pelajaran, sama ada pinjaman mahupun biasiswa. 

 

 

Antara perkara yang anda perlu ambil tahu untuk memohon pembiayaan adalah: 

 

 

  • Jumlah pembiayaan
  • Syarat kelayakan
  • Tarikh permohonan
  • Tarikh wang dikreditkan ke akaun 

 

 

Anda juga boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada pelbagai sumber bagi menampung pembiayaan sebelum menerima biasiswa/pinjaman.

 

 

Antaranya adalah:

 

 

  • Pusat zakat negeri bagi yang muslim
  • Pejabat kerajaan negeri bagi yang muslim dan non-muslim
  • Wakil rakyat setempat
  • Wang pendahuluan PTPTN 
  • Wang zakat IPT (jika sudah mendaftar masuk)

4) Persekitaran dan Kemudahan IPT

Mungkin nampak remeh tetapi persekitaran dan kemudahan IPT boleh mempengaruhi mood belajar anda. 

 

 

Jadi, pastikan anda tahu beberapa perkara ini:

 

 

  • Kemudahan pengangkutan
  • Kos perjalanan 
  • Kemudahan perbankan di kawasan sekitar dan dalam IPT
  • Kafeteria, gerai makan dan sebagainya
  • Tempat menarik yang boleh diterokai
  • Tempat yang mungkin boleh berlaku kes jenayah 

5) Kesediaan Mental dan Fizikal

ang terakhir sekali adalah ketahanan mental dan fizikal. 

 

 

Anda kena pastikan anda sudah bersedia secara mental kerana anda akan mengalami situasi baharu dan jumpa orang baharu.

 

 

Pengajian anda juga mungkin akan jauh berbeza daripada apa yang anda belajar di sekolah jadi anda perlu bersedia untuk menyahut cabaran itu. 

 

 

Kesediaan fizikal juga sama pentingnya terutamanya pada awal-awal masuk kerana sesetengah IPT berkawasan luas dan memerlukan anda berjalan jauh. 

error: Content is protected !!